Adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar betapa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai betapa mahalnya setitis air mata



Sunday, November 13, 2011

Pulau Aman , Pulau Pinang

Pulau Aman merupakan sebuahpulau kecil yang terletak di dalam daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Untuk ke Pulau Aman, kita boleh menaiki bot di Jeti Batu Musang dengan tambangnya RM3.00 sehala. Pulau Aman merupakan sebuah perkampungan nelayan. Aktiviti ekonomi utama penduduk pulau ini adalah berasaskan laut, kerana 90 % daripada mereka adalah nelayan pantai. Selain itu mereka juga menjalankan aktiviti ekonomi sampingan berasaskan Agro pelancongan seperti homestay, perusahaan membuat belacan, kerepek sukun dan sebagainya.
Walaupun Pulau Aman sebuah pulau kecil, namun pelbagai kemudahan asas telah disediakan seperti Dewan Serbaguna, Klinik Desa, Sekolah Rendah, Masjid, Restoran Terapung dan sebagainya.
Jeti Batu Musang
Antara keistemewaan di sini, terdapat sebuah pokok Sukun dimana menurut MARDI pokok tersebut merupakan pokok Sukun tertua di Malaysia yang berusia 121 tahun dan masih mengeluarkan buah hingga kini. Pokok sukun itu ditanam seorang guru agama, Tok Awang Akib pada 1890. Selain itu, kita boleh mengunjungi Makam Purba, Gudang Peluru, Gua Lanun, Telaga Emas, Batu Payung dan Batu Perompak.
Telaga Emas
Pokok Sukun Tertua