Adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar betapa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai betapa mahalnya setitis air mata



Showing posts with label INDAHNYA MALAYSIAKU. Show all posts
Showing posts with label INDAHNYA MALAYSIAKU. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Pulau Aman , Pulau Pinang

Pulau Aman merupakan sebuahpulau kecil yang terletak di dalam daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Untuk ke Pulau Aman, kita boleh menaiki bot di Jeti Batu Musang dengan tambangnya RM3.00 sehala. Pulau Aman merupakan sebuah perkampungan nelayan. Aktiviti ekonomi utama penduduk pulau ini adalah berasaskan laut, kerana 90 % daripada mereka adalah nelayan pantai. Selain itu mereka juga menjalankan aktiviti ekonomi sampingan berasaskan Agro pelancongan seperti homestay, perusahaan membuat belacan, kerepek sukun dan sebagainya.
Walaupun Pulau Aman sebuah pulau kecil, namun pelbagai kemudahan asas telah disediakan seperti Dewan Serbaguna, Klinik Desa, Sekolah Rendah, Masjid, Restoran Terapung dan sebagainya.
Jeti Batu Musang
Antara keistemewaan di sini, terdapat sebuah pokok Sukun dimana menurut MARDI pokok tersebut merupakan pokok Sukun tertua di Malaysia yang berusia 121 tahun dan masih mengeluarkan buah hingga kini. Pokok sukun itu ditanam seorang guru agama, Tok Awang Akib pada 1890. Selain itu, kita boleh mengunjungi Makam Purba, Gudang Peluru, Gua Lanun, Telaga Emas, Batu Payung dan Batu Perompak.
Telaga Emas
Pokok Sukun Tertua

Saturday, November 12, 2011

Batu Feringgi , Pulau Pinang.

Batu Ferringhi merupakan pantai yang popular di Pulau Pinang terletak di sepanjang jalan pantai di barat-laut bandar Georgetown dan dipenuhi deretan hotel-hotel mewah bertaraf antarabangsa.
Batu Ferringgi adalah salah satu tempat untuk bersantai terutamanya pada waktu petang sambil melihat matahari terbenam. Selain itu, kita boleh mencuba aktiviti-aktiviti tepi pantai yang menyeronokkan seperti aktiviti luncur papan layar, berkayak, 'para-sailing', berkuda dan banyak lagi.











Apabila matahari terbenam, pantai Batu Ferringhi menjelma menjadi tempat yang sangat meriah dengan pasar malam yang diadakan di sepanjang jalanraya yang menjual segala-galanya dari barangan lama yang menarik hingga cenderamata yang cantik.
Saksikan artis tempatan menunjukkan demonstrasi melukis batik dan kraftangan. Pasar malam yang juga digelar Ferringhi Walk menawarkan pelbagai jenis tarikan kepada pelawat.



    

Bukit Bendera, Pulau Pinang.


Bukit Bendera berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas Geargetown, Pulau Pinang. Puncak Bukit Bendera atau dalam Bahasa Inggeris disebut Penang Hill mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.
Dari puncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Di puncak terdapat taman yang cantik, restoran dan penginapan, Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawbery (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang

Pemandangan dari puncak
Menaiki kereta api ke puncak

Wednesday, November 9, 2011

Kuala Krai, Kelantan

Lata Rek
Gunung Stong


Lata Berangin
Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Negeri Kelantan selepas Jajahan Gua Musang. Jajahan ini juga adalah salah satu daripada jajahan yang tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909. Terdapat beberapa tempat yang menarik di Kuala Krai, seperti ; Air Terjun lata Berangin, Taman Burung, Pasar Besar, Pasu Mambong, Pusat kraftangan, Tempat Ibadat, Stesen keretapi, Taman Tasik,Tangga Krai, Air Terjun Lata Rek

Friday, October 28, 2011

Pasar Besar Siti Khadijah, Kelantan





Pasar Besar Siti Khadijah sememangnya tidak asing lagi bagi seluruh penduduk Kelantan, khususnya di Kota Bharu. Malah nama pasar ini meniti di bibir mulut pelancong atau pelawat dari luar.Ianya menjadi salah satu destinasi yang mesti dikunjungi oleh pelawat yang datang ke Kelantan.
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan

PCB Kelantan








Pantai Cahaya Bulan (PCB) yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi terletak kira-kira 10 kilometer ke utara pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan. PCB merupakan salah satu daripada 10 destinasi pelancongan utama di negeri Kelantan. Antara tarikan di zon warisan Kelantan ini ialah Tokong Mek (Kg. Cina), perusahaan membuat batik dan songket, Kampung Budaya Kelantan (Kompleks Penggawa Badang), dan sebagainya.
Pada waktu petang, orang ramai berkunjung ke pantai ini untuk menikmati keindahan dan kedamaian pantai serta menjamu selera di gerai-gerai di sepanjang pantai. Pantai ini sepanjang 1.2 km, dan terkenal kerana pantainya panjang dan pasirnya yang memutih dan airnya yang jernih.
Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular pada hujung minggu. PCB dilengkapi dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, serta tandas awam.
Dari segi sejarah, PCB merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.

Monday, December 13, 2010

Lata Rek...Kuala Krai Kelantan

Indahnya bumi ciptaanNya..Lata Rek,Kuala Krai Kelantan....salah satu tempat mandi-manda yang suatu ketika dahulu amat popular kerana keindahan alam semulajadinya. Namun...sekarang tempat ini seolah-olah terbiar, terjunan air latanya yang deras dan susunan batuannya yang indah serta airnya  yang mengalir jernih tidak dapat menyembunyikan kelesuan tempat ini. Semak-samun seolah-olah memagari keindahan tempat ini daripada pandangan dan tatapan pengunjung yang melalui tempat ini. Bagaimanapun, sekali-sekala mengunjungi tempat ini, dengan kesejukan dan kejernihan airnya serta saki-baki dataran pasir yang masih terhampar dapat menggamit kegembiran dan ketenangan jiwa....Jom ke sana..
Air terjun ini diwartakan sebagai salah satu tempat perkelahan yang amat sesuai untuk seisi keluarga. Selain berkelah, mandi-manda,bersuka-ria dan mencari ketenangan, temapt ini juga sesuai untuk perkhemahan. Lata Rek terletak lebih kurang 30 km dari Bandar Kuala Krai, Kelantan. Orang ramai yang ke Kuala Lumpur melalui Lebuh raya KK-GM, boleh singgah di sini menyegarkan mata dan badan...