Batu Ferringhi merupakan pantai
yang popular di Pulau Pinang terletak di sepanjang jalan pantai di
barat-laut bandar Georgetown dan dipenuhi deretan hotel-hotel mewah
bertaraf antarabangsa.
Batu Ferringgi adalah salah satu tempat untuk bersantai terutamanya pada waktu petang sambil melihat matahari terbenam. Selain itu, kita boleh mencuba aktiviti-aktiviti tepi pantai yang
menyeronokkan seperti aktiviti luncur papan layar, berkayak, 'para-sailing', berkuda dan banyak lagi.Apabila matahari terbenam, pantai Batu Ferringhi menjelma menjadi tempat yang sangat meriah dengan pasar malam yang diadakan di sepanjang jalanraya yang menjual segala-galanya dari barangan lama yang menarik hingga cenderamata yang cantik.
Saksikan artis tempatan menunjukkan demonstrasi melukis batik dan kraftangan. Pasar malam yang juga digelar Ferringhi Walk menawarkan pelbagai jenis tarikan kepada pelawat.


