Adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar betapa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai betapa mahalnya setitis air mata



Friday, April 29, 2011

BANJIR ?????

                                                      Jalan digenangi air, lebih dari sekaki....
       
                                    Aduhai...pokok cabaiku juga antara yang menjadi mangsa


Air sudah menjengah hingga ke pintu rumahku......


Hari ini dalam sejarah...sejak berpindah ke rumah baru dua tahun yang lalu, hari ini banjir melanda kawasan kediaman kami di Bandar Tasek Mutiara. Syukurlah...walaupun air lebih 'besar' daripada biasa namun masih belum melimpah ke dalam rumah, tinggal seinci sahaja lagi....kalau tidak...habis !!!!

Friday, April 22, 2011

15 Sebab Turunnya Bala

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Wednesday, April 13, 2011

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM SKBT 2011










Antara program yang ditunggu oleh semua murid...perkhemahan unit uniform, telah dilaksanakan dengan jayanya di Pusat Kokurikulum P.Pinang. Perkhemahan ini disertai oleh lebih kurang 300 orang murid dari SK Bukit Tambun, SK Bukit Teh, SK Machang Bubok dan SK Jelutong.
Tahniah kepada semua murid SK Bukit Tambun atas kecekalan dan semangat yang tinggi dalam menjayakan program ini.

Saturday, April 9, 2011

Lelaki Hensem VS Lelaki Tak Hensem

1)
Kalau lelaki handsome pendiam..
Perempuan akan cakap: woow, cool giler mamat tu...
kalau lelaki tak handsome pendiam..
Perempuan akan cakap: eh! sombong.. bajet bagus btol mamat ni..
2)
kalau lelaki handsome berbuat jahat..
Perempuan akan kata: biasela.. nobody's perfect..
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat..
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!
3)
kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu..
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu ..
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia.. dia upah la tu..
4)
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik..
perempuan akan kata: sepadan sangat.. sweet couple..
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik..
perempuan akan kata: mesti perempuan tu kena bomoh..
5)
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih..
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih..
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya.. memang patot pon kena tinggal)...
6)
kalau lelaki handsome penyayang binatang..
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang..
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang..
perempuan akan cakap: sesama 'keluarga' memang harus menyayangi.. muka pun dh mcm binatang..
7)
kalau lelaki handsome bawa BMW..
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam..
kalau lelaki tak handsome bawa BMW..
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

8)
kalau lelaki handsome tak mahu bergambar..
perempuan akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar..
kalau lelaki tak handsome tak mahu bergambar..
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ke?...
9)
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan..
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen..
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan..
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang patut pon begitu....
10)
kalau lelaki handsome bersedih hati..
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on..
kalau lelaki tak handsome bersedih hati..
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bapok ni?

*sekadar jenaka....