Sebut sahaja etak / etok, semua orang kelantan tau...., ya ka ?? Saya rasa semua org kelantan tau etok, tapi tak semua org kelantan mkn etok. Saya sbg anak jati Kelantan, etok memang menjadi kegemaran. Kepada mereka yg tidak mengenali etok atau etak, cuba lihat gambar ini...
Etak adalah tergolong dalam spesis kerang , kupang, tiram atau kepah. Saiznya kecil, lebih kurang sebesar jari kelingking atau ibu jari. Etok adalah sejenis hudupan bercengkerang yang hidup di dalamn sungai. kalau cari kat tepi pantai, memang tak jumpa la.....
Di Kelantan, etok dijual di pasar-pasar seperti pasar siti Khatijah dan pasar-pasar pagi. Tidak semua orang pandai makan etok. Ini kerana, proses hendak mengopeknya agak rumit.Bagi org Kelantan yang biasa makan etok, mereka mengopek menggunakan mulut/gigi sahaja, tetapi bagi mereka yang tidak biasa, terpaksalah menggunakan pisau. Ini kerana ramai antara mereka yang menggunakan mulut untuk mengopek, kulit etok pecah dan bercampur dengan isinya, jadi hilanglah rasa kenikmatan etok itu.
Bagaimana etok dimasak ? Etok biasanya tidak dimasak menggunakan api. Etok hanya disalai selepas digaul dengan rempah. Etok juga kadang-kadang dimasak bersama sayur dan dijadikan salah satu menu untuk dimakan dengan nasi.
Rasanya memang sedap. kalau nak tau, berkunjunglah ke Kelantan, dan carilah di Pasar Siti Khatijah....