Adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar betapa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai betapa mahalnya setitis air mata



Showing posts with label AKTIVITI SEKOLAHKU. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI SEKOLAHKU. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

PIBG : Penyampaian Sijil & Cenderahati kpd Pelajar 5A UPSR

Tahniah kepada 4 orang murid SKBT yang telah mendapat 5A dalam UPSR 2011 yang lalu. Sebagai penghargaan atas kecemerlangan tersebut, PIBG SKBT telah menyampaikan sijil dan cenderahati kepada mereka.
Terima kasih yang tidak terhingga kerana masih dy\usi hadir ke SKBT untuk sama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG.
Untuk adik Fadhilatun Nisa, Nor Asyikin, Anita dan Muhkkesh, semoga kalian akan terus berjaya dengan cemerlang di sekolah menengah.
Kami guru-guru di SKBT akan terus berasa bangga atas kejayaan setiap bekas murid di sekolah ini.



Sunday, March 25, 2012

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41/ 2012

Tanggal 24 Mac 2012, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41 telah diadakan dengan jayanya di Dewan SKBT.
Pihak sekolah dan PIBG merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Timbalan PPD yang sudi hadir merasmikan Mesyurat kali ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua ibu bapa yang hadir. Dengan komitmen yang diberikan oleh  semua guru, ibu bapa dan AJK PIBG, mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar.

Penyampaian Sijil kepada AJK PIBG sesi 2011

Antara ibu bapa yang hadir menjayakan Mesyurat Agung PIBG
Pembentangan Minit Mesyuarat Agung yang lalu, Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan






Gotong Royong Menceriakan Sekolah SKBT




Sunday, February 12, 2012

Sambutan Maulidur Rasul di SKBT

       12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang bersejarah yang mana saban tahun umat Islam seluruh dunia sama-sama menyambut hari kelahiran putera bertuah yang telah merubah peradaban dunia.
Muhammad begitulah nama indah kepada putera Abdullah dan Aminah ini yang telah menunjukkan sifat keperibadian dan akhlak yang terpuji semenjak kecil lagi.
Tujuan majlis ini dilakukan bagi mengingati segala pengorbanan baginda dan yang lebih utama lagi untuk mencontohi akhlak serta segala sunnah yang ditinggalkan Baginda kepada kita.
Tanggal 10 Februari 2012, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SKBT.


 Antara pengisian majlis ini ialah Selawat beramai-ramai, bacaan Yasin, Ceramah, dan persembahan murid.

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.”  (al-Ahzab 56)





Ceramah Kesihatan di SKBT

Terima kasih kpd pihak Pejabat Kesihatan yg telah dtg ke SKBT utk mengadakan ceramah kesihatan kpd guru-guru dan murid-murid. Program ini sedikit sebanyak dpt memberi kesedaran kepada murid-murid akan peri pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan.
Sejak akhir-akhir ini kes demam dinggi semakin meningkat, jadi kesedaran tentang bahayanya denggi ini kepada murid-murid sekolah amat bermanfaat.

Saturday, February 4, 2012

Program Jaya Waris SKBT 2012

Pelbagai program telah dirancang dalam usaha memantapkan pencapaian akademik murid-murid SKBT. Antaranya, Program Jaya Waris yang diadakan pada hari ini. Kehadiran ibu bapa dan murid-murid Tahun 5 dan 6 ke majlis ini, adalah langkah permulaan ke arah kejayaan anak-anak didik sekolah ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zool Azhari. Kemudian Guru Besar dan Puan Nazariah menyampaikan taklimat tringkas berkaitan perancangan 2012.
YDP PIBG juga tidak ketinggalan dengan memberikan ucapan dan kata-kata semangat kepada murid dan juga para waris yang hadir. Terima kasih kepada PIBG yang memberikan kerjasaman dengan memberikan sumbangan kewangan dalam menjayakan program ini. Semoga PIBG akan terus memberi komitmen yang jitu dalam usaha menjana kejayaan murid-murid sekolah ini.
Dalam ucapannya, antara lain YDP menyentuh tentang kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah. Ada ibu bapa menganggap bahawa jumlah murid yang semakin berkurang pada tahun ini akan memudahkan guru-guru memberi perhatian kepada mereka. Namun, YDP menjelaskan, apabila murid semakin berkurang, maka bilangan guru juga akan semakin berkurang. Oleh itu, sama sahaja sama ada murid ramai atau sedikit, apa yang penting...guru dan ibu bapa mestilah bekerjasama menzahirkan kejayaan anak-anak di sekolah ini.









Penceramah jemputan program jaya waris kali ini ialah Ustaz Fahtim Nor Mohsin bin Nordin. Dalam ceramahnya, beliau menyentuh tentang tajuk 'Ibu Bapa Cemerlang, Anak-anak Gemilang.
Ustaz mengibaratkan murid-murid atau anak-anak ini adalah seumpama kuntuman bunga yang harum. Andaikan dijaga dengan elok, maka bunga-bunga inilah yang akan dapat mengharumkan nama keluarga, sekolah mahupun negara. Antara faktor menjadi ibu bapa cemerlang, kita mestilah Mengamalkan Budaya Ilmu, The Heart of Warrior dan Percayakan Diri. Ibu bapa juga haruslah memastikan anak-anak yang sudah berjaya nanti sama ada menjadi doktor, peguam atau sebagainya, mereka tidak lupa akan jasa dan pengorbanan ibu bapa, mereka tidak lupa akan guru mereka yang mula-mula mengajar mereka mengenal huruf dan angka di sekolah rendah. Dengan kata lain, walaupun berjaya, tetapi tidak lupa asal-usul.
Perumpamaan Arab ada mengatakan
"manjadda wajada , man kasala fashala " iaitu Seseiapa yang berusaha akan berjaya, Sesiapa yang malas pastinya akan gagal.
Pihak sekolah dan PIBG merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua waris dan murid yang hadir. Juga jutaan terima kasih kepada Ustaz Fahtim Mohsin atas kesudian menyampaikan ceramah.
Semoga SKBT akan terus mengorak langkah dalam melahirkan insan-insan yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Tuesday, January 3, 2012

Jamuan Kelab Staf & Majlis Perpisahan Cikgu Fazli dan Cikgu Rohana

Apabila kereta memasuki Kampung Pelet, terlintas dibenak fikiran... betulkah ada restoran besar dalam kampung ini. Rupa-rupanya dihujung kampung Pelet, tersergam megah Cafe Puncak Mutiara yang dikatakan salah sebuah tempat makan yang famous di Pulau Pinang. Di sinilah diadakan Jamuan Kelab Staf SKBT dan Jamuan Perpisahan untuk Cikgu Fazli dan Cikgu Rohana.
Setelah bertahun-tahun bertugas dibawah bumbung yang sama iaitu SKBT, perpindahan Cikgu Fazli dan cikgu Rohana terasa seperti satu kehilangan.
Cikgu Fazli yang begitu disayangi dan dikagumi oleh murid-murid SKBT telah bertukar ke sekolah SK Seri tasek manakala Cikgu Rohana bertukar ke SK Bandar Tasek Mutiara.
Terima kasih kepada Cikgu Fazli yang masih berkomitmen tinggi dengan SKBT kerana sudi hadir ke majlis yang dianjurkan ini. Cikgu Rohaha pula tidak dapat hadir kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.
Sepanjang berada di SKBT, Cikgu Fazli telah memberi sumbangan yang agak besar terutama dalam bidang sukan, khususnya bola sepak dan bola baling. Sudah ramai anak didiknya yang
berjaya sehingga ke peringkat negeri dalam permainan bola sepak dan bola baling.
Semoga Cikgu Fazli dan Cikgu Rohana akan selesa berkhidmat di sekolah baru, dan......jangan lupa kami di SKBT.

Saturday, December 31, 2011

Majlis Orientasi Tahun 1 dan Taklimat Prasekolah SKBT 2012

 Pada 30 December 2011, Jumaat yang lalu, SKBT telah mengadakan Majlis Suai Kenal atau Orientasi bagi murid-murid Tahun satu sesi 2012.
Terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan kerjasama dan komitmen yang tingggi, dan sekalung tahniah kerana dapat meluangkan masa menghantar anak-anak Tahun satu pada hari tersebut.
Pada hari tersebut, kelihatan juga bekas-bekas murid SKBT yang bersama-sama ibu bapa menghantar dan memberikan semangat kepada adik-adik mereka yang akan menempuhi alam persekolahan tidak lami lagi.
Murid-murid yang didaftarkan pada tahun ini nampaknya begitu bersemangat dan teruja untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Mungkin pengalaman mereka selama setahun di Prasekolah, menyebabkan mereka tidak kekok semasa berada di kelas. Semoga semangat dan keterujaan mereka ini akan berpanjangan dan menjadi murid yang cemerlang di sekolah ini.


Monday, November 21, 2011

Pelajar Cemerlang UPSR SKBT 2011

Alhamdulillah, keputusan UPSR tahun ini bagi SKBT amat memberangsangkan.
Keseluruhannya meningkat !!
Tahniah kepada semua murid SKBT atas kecemerlangan anda.
Tahniah juga kepada guru-guru SKBT yang bertungkus lumus mendidik anak-anak SKBT sehingga berjaya cemerlang.
Murid-murid yang peroleh 5A adalah ;
1. adik Fadhilatun Nisa
2. adik Muhhkesh Adrian
3. adik Nurul Asyiqin
4. adik Nur Anita
manakala murid-murid yang peroleh 4A adalah ;
1. adik Adriana
2. adik Sarah
3. adik Nuralif Firdaus
4. adik Alif Danial

Hari kanak-kanak SKBT 2011

Seperti biasa, setiap tahun akan diadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Bagi SKBT, hari kanak-kanak tahun ini diadakan pada 16 November 2011. Pelbagai acara disusun untuk meraikan murid-murid sekolah ini. Antaranya, jamuan kelas, persembahan pakaian beragam, persembahan tarian, nyanyian dan sebagainya.
Murid-murid begitu teruja mengambil bahagian. Walaupun kesuntukan masa, namun mereka sempat mengadakan latihan untuk mengadakan persembahan. Ternyata, dengan usaha dan kerjasama mereka, perembahan yang menarik dan memukau berjaya dilakukan.



Saturday, November 12, 2011

Jamuan Perpisahan Murid Tahun 6

Sesi persekolahan 2011 hampir menutup tirainya. Bagi murid-murid darjah 6, baki beberapa hari lagi ini merupakan saki baki hari-hari mereka untuk berada dan bergelar murid sekolah rendah. selepas ini, mereka akan menjejakkan kaki ke sekolah menengah, lantasnya akan bergelar pelajar.

Terima kasih kepada murid2 Darjah 6 C dan 6 U yang telah menjemput saya dan juga guru2 lain dalam Majlis Perpisahan @ Jamuan Akhir tahun kalian. Semoga, hubungan antara murid dan guru yang terpatri kini akan kekal
untuk selama-lamanya.
Ilmu yang cikgu-cikgu curahkan sepanjang kalian belajar di SKBT, adalah asas kepada pencarian ilmu yang lebih luas. Perjalana kalian sebagai pelajar masih jauh, namun anggaplah ilmu yang diperoleh di SKBT ini sebagai penyuluh dalam perjalanan itu.
Kami guru2 di SKBT mendoakan kalian akan terus cemerlang.