Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Kelantan dan Terengganu. Kalau hari raya, nasi dagang dijadikan salah satu menu utama untuk santapan seisi keluarga dan para tetamu. Nasi dagang biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa
Nasi dagang dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya (ikan tongkol). Nasi dagang juga sedap jika dimakan dengan gulai ayam.
Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.