Adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar betapa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai betapa mahalnya setitis air mata



Monday, March 28, 2011

Pelantikan Pengawas Sekolah SKBT 2011




Setelah diberi tempoh percubaan tiga bulan, kesemua pengawas telah layak dilantik sebagai pengawas sekolah. Tahniah kepada semua pengawas yang telah dilantik. Tahniah juga kepada Adik Fadhilatun Nisa yang dilantik sebagai ketua pengawas dan Adik Muhkesh Adrian yang dilantik sebagai penolong ketua pengawas. Diharapkan semoa semua pengawas yang dilantik akan menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.

Saturday, March 5, 2011

Mesyuarat Agung PIBg kali ke 40 SKBT 2011




 Syukur.., akhirnya mesyuarat agung PIBG SKBT telah dapat dilaksanakan pada 27 Februari yang lepas. Kepada barisan bekas2 AJK sesi yang lepas, terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen yang dicurahkan. Kepada barisan muka-muka baru yang dilantik sebagai AJK sesi 2011/2012, selamat menjalankan tugas yang diamanahkan.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan guru yang bertungkus lumus untuk menjayakan mesyuarat ini.