Alhamdulillah, keputusan UPSR tahun ini bagi SKBT amat memberangsangkan.
Keseluruhannya meningkat !!
Tahniah kepada semua murid SKBT atas kecemerlangan anda.
Tahniah juga kepada guru-guru SKBT yang bertungkus lumus mendidik anak-anak SKBT sehingga berjaya cemerlang.
Murid-murid yang peroleh 5A adalah ;
1. adik Fadhilatun Nisa
2. adik Muhhkesh Adrian
3. adik Nurul Asyiqin
4. adik Nur Anita
manakala murid-murid yang peroleh 4A adalah ;
1. adik Adriana
2. adik Sarah
3. adik Nuralif Firdaus
4. adik Alif Danial
Adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar betapa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai betapa mahalnya setitis air mata
Monday, November 21, 2011
Hari kanak-kanak SKBT 2011
Seperti biasa, setiap tahun akan diadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Bagi SKBT, hari kanak-kanak tahun ini diadakan pada 16 November 2011. Pelbagai acara disusun untuk meraikan murid-murid sekolah ini. Antaranya, jamuan kelas, persembahan pakaian beragam, persembahan tarian, nyanyian dan sebagainya.
Murid-murid begitu teruja mengambil bahagian. Walaupun kesuntukan masa, namun mereka sempat mengadakan latihan untuk mengadakan persembahan. Ternyata, dengan usaha dan kerjasama mereka, perembahan yang menarik dan memukau berjaya dilakukan.

Wednesday, November 16, 2011
Lawak : Harta Pusaka
Setelah sekian lama di luar negara, akhirnya Fazli pulang ke kampung untuk berjumpa dengan atuknya.
Atuk : "Fazli, nenek sudah tidak kuat lagi, atuk minta kamu sambung mengusahakan kebun atuk..."
Fazli : "Jangan cakap macam tu, tuk..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka atuk).
Atuk : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman atuk."
Fazli : "Baik tuk, atuk jangan bimbang tentang hal itu... Tapi di mana kebun atuk? Li tidak pernah tahu?"
Atuk : "Di Facebook atuk, FARMVILLE, nanti atuk bagi tau passwordnya."
Fazli : "?????"

Lawak : Sudu
Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...
Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)
Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.
Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.
Pak Pandir : Terima kasih.
Seminggu kemudian…..
Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?
Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)
Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?
Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….
Doktor : Kenapa dengan sudu?
Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!
Doktor : ???????
Tuesday, November 15, 2011
Ketupat Sotong
Mungkin ramai yang tahu dan pernah makan sambal sotong, sotong goreng tepung, sotong masak merah, sotong masak kicap, sotong kunyit masak pedas dfan sebagainya. Namun....mungkin ramai yang tidak tahu adanya Ketupat Sotong. Masakan ini popular di Kelantan dan Terengganu. Rasanya...., amat sedap !!
Jom berkongsi Resepi ketupat Sotong ,,,,
Bahan-bahan :
1 kg sotong ( kata org, yg ada telur lg sedap)
250 gm pulut
garam
2 helai daun pandan
1/2 cawan air
Cara Membuatnya ;
1. Bersihkan sotong, masukkan pulut, satukan kepala dengan badan menggunakan lidi.
2. Masakkan gula merah dengan air dan tapiskan, kemudian masukkan ke dalam santan pekat.
3. Masukkan sedikit garam dan daun pandan.
4. Masukkan sotong ke dalam bahan-bahan tadi, masakkan sehingga sotong kembung.

Labels:
SELERA KITA
Monday, November 14, 2011
Dikir Barat
Dikir Barat adalah kesenian tradisional yang popular dalam kalangan
masyarakat Melayu di Kelantan. Dalam persembahan Dikir Barat
terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok
Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti
oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.
Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun
dipertandingkan. Pertandingan selalunya
diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan
ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima
perubahan bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut
perkembangan zaman.
Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
Antara alat-alat dikir barat yang digunakan ialah Gendang Ibu dan Gendang Anak, Gong ( Tetawak), Marakas, dan Canang.
Pada hari ini, dikir barat telah melalui tranformasinya tersendiri. Jika berkunjung ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh, kita akan mendengar pelbagai irama dikir barat berkemundang daripada deretan gerai CD. Namun, untuk mendengar irama dikir barat asli adalah susah. Ini kerana, muda-mudi zaman sekarang lebih berminat dengan irama dikir moden. Nama-nama tersohor dalam arena kesenian dikir barat di kelantan seperti Halim Yazid, Megat Nordin, Cikgu Sulizi, Daud Bukit Abal, dan ramai lagi.

Sunday, November 13, 2011
Pulau Aman , Pulau Pinang
Pulau Aman merupakan sebuahpulau kecil yang terletak di dalam daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Untuk
ke Pulau Aman, kita boleh menaiki bot di Jeti Batu Musang dengan tambangnya RM3.00 sehala. Pulau Aman merupakan sebuah perkampungan nelayan. Aktiviti ekonomi utama penduduk pulau ini adalah berasaskan laut, kerana
90 % daripada mereka adalah nelayan pantai. Selain itu mereka juga
menjalankan aktiviti ekonomi sampingan berasaskan Agro pelancongan
seperti homestay, perusahaan membuat belacan, kerepek sukun dan
sebagainya.
Walaupun Pulau Aman sebuah pulau kecil, namun pelbagai kemudahan asas telah disediakan seperti Dewan Serbaguna, Klinik Desa, Sekolah Rendah, Masjid, Restoran Terapung dan sebagainya.
Antara keistemewaan di sini, terdapat sebuah pokok Sukun dimana menurut MARDI pokok tersebut
merupakan pokok Sukun tertua di Malaysia yang berusia 121 tahun dan
masih mengeluarkan buah hingga kini. Pokok sukun itu ditanam seorang guru agama, Tok Awang Akib pada 1890. Selain itu, kita boleh mengunjungi Makam Purba, Gudang Peluru, Gua Lanun, Telaga Emas, Batu
Payung dan Batu Perompak.
Walaupun Pulau Aman sebuah pulau kecil, namun pelbagai kemudahan asas telah disediakan seperti Dewan Serbaguna, Klinik Desa, Sekolah Rendah, Masjid, Restoran Terapung dan sebagainya.
Jeti Batu Musang |
Telaga Emas |
Pokok Sukun Tertua |
Saturday, November 12, 2011
Batu Feringgi , Pulau Pinang.
Batu Ferringhi merupakan pantai
yang popular di Pulau Pinang terletak di sepanjang jalan pantai di
barat-laut bandar Georgetown dan dipenuhi deretan hotel-hotel mewah
bertaraf antarabangsa.
Batu Ferringgi adalah salah satu tempat untuk bersantai terutamanya pada waktu petang sambil melihat matahari terbenam. Selain itu, kita boleh mencuba aktiviti-aktiviti tepi pantai yang menyeronokkan seperti aktiviti luncur papan layar, berkayak, 'para-sailing', berkuda dan banyak lagi.
Apabila matahari terbenam, pantai Batu Ferringhi menjelma menjadi tempat yang sangat meriah dengan pasar malam yang diadakan di sepanjang jalanraya yang menjual segala-galanya dari barangan lama yang menarik hingga cenderamata yang cantik.
Saksikan artis tempatan menunjukkan demonstrasi melukis batik dan kraftangan. Pasar malam yang juga digelar Ferringhi Walk menawarkan pelbagai jenis tarikan kepada pelawat.

Jamuan Perpisahan Murid Tahun 6
Terima kasih kepada murid2 Darjah 6 C dan 6 U yang telah menjemput saya dan juga guru2 lain dalam Majlis Perpisahan @ Jamuan Akhir tahun kalian. Semoga, hubungan antara murid dan guru yang terpatri kini akan kekal
untuk selama-lamanya.
Ilmu yang cikgu-cikgu curahkan sepanjang kalian belajar di SKBT, adalah asas kepada pencarian ilmu yang lebih luas. Perjalana kalian sebagai pelajar masih jauh, namun anggaplah ilmu yang diperoleh di SKBT ini sebagai penyuluh dalam perjalanan itu.
Kami guru2 di SKBT mendoakan kalian akan terus cemerlang.
Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Bukit Bendera berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas Geargetown, Pulau Pinang. Puncak Bukit Bendera atau dalam Bahasa Inggeris disebut Penang Hill mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.
Dari puncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Di puncak terdapat taman yang cantik, restoran dan penginapan, Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawbery (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang
Pemandangan dari puncak |
Menaiki kereta api ke puncak |
Wednesday, November 9, 2011
Kuala Krai, Kelantan
Lata Rek |
Gunung Stong |
Lata Berangin |
Etak @ Etok ???
Sebut sahaja etak / etok, semua orang kelantan tau...., ya ka ?? Saya rasa semua org kelantan tau etok, tapi tak semua org kelantan mkn etok. Saya sbg anak jati Kelantan, etok memang menjadi kegemaran. Kepada mereka yg tidak mengenali etok atau etak, cuba lihat gambar ini...
Etak adalah tergolong dalam spesis kerang , kupang, tiram atau kepah. Saiznya kecil, lebih kurang sebesar jari kelingking atau ibu jari. Etok adalah sejenis hudupan bercengkerang yang hidup di dalamn sungai. kalau cari kat tepi pantai, memang tak jumpa la.....
Di Kelantan, etok dijual di pasar-pasar seperti pasar siti Khatijah dan pasar-pasar pagi. Tidak semua orang pandai makan etok. Ini kerana, proses hendak mengopeknya agak rumit.Bagi org Kelantan yang biasa makan etok, mereka mengopek menggunakan mulut/gigi sahaja, tetapi bagi mereka yang tidak biasa, terpaksalah menggunakan pisau. Ini kerana ramai antara mereka yang menggunakan mulut untuk mengopek, kulit etok pecah dan bercampur dengan isinya, jadi hilanglah rasa kenikmatan etok itu.
Bagaimana etok dimasak ? Etok biasanya tidak dimasak menggunakan api. Etok hanya disalai selepas digaul dengan rempah. Etok juga kadang-kadang dimasak bersama sayur dan dijadikan salah satu menu untuk dimakan dengan nasi.
Rasanya memang sedap. kalau nak tau, berkunjunglah ke Kelantan, dan carilah di Pasar Siti Khatijah....

Tuesday, November 8, 2011
Laksam....keenakannya tidak dapat dilupakan.
Salah satu menu sarapan yang popular di Kelantan ialah Laksam. Banyak kedai atau warung yang menyediakan sarapan pagi, laksam adalah menu yang pastinya disediakan. Saya pasti, ramai rakyat Malaysia yang kenal dan pernah makan laksam, terutamanya Laksam Kelantan.
Laksam merupakan sejenis masakan daripada yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dikukus. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang, kemudian dipotong pendek-pendek dan sedia untuk dihidangkan.

Monday, November 7, 2011
Nasi Dagang
Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Kelantan dan Terengganu. Kalau hari raya, nasi dagang dijadikan salah satu menu utama untuk santapan seisi keluarga dan para tetamu. Nasi dagang biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa
Nasi dagang dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya (ikan tongkol). Nasi dagang juga sedap jika dimakan dengan gulai ayam.
Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Sedapnya Nasi Kerabu
Dah lama rasanya tak makan nasi kerabu. Kalau balik kampung, walaupun sekali, pasti akan pekena nasi kerabu. Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng atau daging bakar, keropok, budu dan ulam-ulaman lain.Nasi kerabu amat popular di Kelantan. Ada nasi kerabu yang berwarna putih, biru atau kuning, namun....rasanya tetap sama.
solok lada |
telur masin |
bawang putih jeruk |
budu |
daging bakar |
ikan goreng tepung |
Subscribe to:
Posts (Atom)