Adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar betapa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai betapa mahalnya setitis air mata



Monday, December 13, 2010

Lata Rek...Kuala Krai Kelantan

Indahnya bumi ciptaanNya..Lata Rek,Kuala Krai Kelantan....salah satu tempat mandi-manda yang suatu ketika dahulu amat popular kerana keindahan alam semulajadinya. Namun...sekarang tempat ini seolah-olah terbiar, terjunan air latanya yang deras dan susunan batuannya yang indah serta airnya  yang mengalir jernih tidak dapat menyembunyikan kelesuan tempat ini. Semak-samun seolah-olah memagari keindahan tempat ini daripada pandangan dan tatapan pengunjung yang melalui tempat ini. Bagaimanapun, sekali-sekala mengunjungi tempat ini, dengan kesejukan dan kejernihan airnya serta saki-baki dataran pasir yang masih terhampar dapat menggamit kegembiran dan ketenangan jiwa....Jom ke sana..
Air terjun ini diwartakan sebagai salah satu tempat perkelahan yang amat sesuai untuk seisi keluarga. Selain berkelah, mandi-manda,bersuka-ria dan mencari ketenangan, temapt ini juga sesuai untuk perkhemahan. Lata Rek terletak lebih kurang 30 km dari Bandar Kuala Krai, Kelantan. Orang ramai yang ke Kuala Lumpur melalui Lebuh raya KK-GM, boleh singgah di sini menyegarkan mata dan badan...