Pantai Cahaya Bulan (PCB) yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi terletak kira-kira 10 kilometer ke utara pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan. PCB merupakan salah satu daripada 10 destinasi pelancongan utama di negeri Kelantan. Antara tarikan di zon warisan Kelantan ini ialah Tokong Mek (Kg. Cina), perusahaan membuat batik dan songket, Kampung Budaya Kelantan (Kompleks Penggawa Badang), dan sebagainya.
Pada waktu petang, orang ramai berkunjung ke pantai ini untuk menikmati keindahan dan kedamaian pantai serta menjamu selera di gerai-gerai di sepanjang pantai. Pantai ini sepanjang 1.2 km, dan terkenal kerana pantainya panjang dan pasirnya yang memutih dan airnya yang jernih.
Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular pada hujung minggu. PCB dilengkapi dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, serta tandas awam.