Adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar betapa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai betapa mahalnya setitis air mata



Sunday, February 12, 2012

Sambutan Maulidur Rasul di SKBT

       12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang bersejarah yang mana saban tahun umat Islam seluruh dunia sama-sama menyambut hari kelahiran putera bertuah yang telah merubah peradaban dunia.
Muhammad begitulah nama indah kepada putera Abdullah dan Aminah ini yang telah menunjukkan sifat keperibadian dan akhlak yang terpuji semenjak kecil lagi.
Tujuan majlis ini dilakukan bagi mengingati segala pengorbanan baginda dan yang lebih utama lagi untuk mencontohi akhlak serta segala sunnah yang ditinggalkan Baginda kepada kita.
Tanggal 10 Februari 2012, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SKBT.


 Antara pengisian majlis ini ialah Selawat beramai-ramai, bacaan Yasin, Ceramah, dan persembahan murid.

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.”  (al-Ahzab 56)