Adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar betapa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai betapa mahalnya setitis air mata



Saturday, February 4, 2012

Program Jaya Waris SKBT 2012

Pelbagai program telah dirancang dalam usaha memantapkan pencapaian akademik murid-murid SKBT. Antaranya, Program Jaya Waris yang diadakan pada hari ini. Kehadiran ibu bapa dan murid-murid Tahun 5 dan 6 ke majlis ini, adalah langkah permulaan ke arah kejayaan anak-anak didik sekolah ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zool Azhari. Kemudian Guru Besar dan Puan Nazariah menyampaikan taklimat tringkas berkaitan perancangan 2012.
YDP PIBG juga tidak ketinggalan dengan memberikan ucapan dan kata-kata semangat kepada murid dan juga para waris yang hadir. Terima kasih kepada PIBG yang memberikan kerjasaman dengan memberikan sumbangan kewangan dalam menjayakan program ini. Semoga PIBG akan terus memberi komitmen yang jitu dalam usaha menjana kejayaan murid-murid sekolah ini.
Dalam ucapannya, antara lain YDP menyentuh tentang kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah. Ada ibu bapa menganggap bahawa jumlah murid yang semakin berkurang pada tahun ini akan memudahkan guru-guru memberi perhatian kepada mereka. Namun, YDP menjelaskan, apabila murid semakin berkurang, maka bilangan guru juga akan semakin berkurang. Oleh itu, sama sahaja sama ada murid ramai atau sedikit, apa yang penting...guru dan ibu bapa mestilah bekerjasama menzahirkan kejayaan anak-anak di sekolah ini.









Penceramah jemputan program jaya waris kali ini ialah Ustaz Fahtim Nor Mohsin bin Nordin. Dalam ceramahnya, beliau menyentuh tentang tajuk 'Ibu Bapa Cemerlang, Anak-anak Gemilang.
Ustaz mengibaratkan murid-murid atau anak-anak ini adalah seumpama kuntuman bunga yang harum. Andaikan dijaga dengan elok, maka bunga-bunga inilah yang akan dapat mengharumkan nama keluarga, sekolah mahupun negara. Antara faktor menjadi ibu bapa cemerlang, kita mestilah Mengamalkan Budaya Ilmu, The Heart of Warrior dan Percayakan Diri. Ibu bapa juga haruslah memastikan anak-anak yang sudah berjaya nanti sama ada menjadi doktor, peguam atau sebagainya, mereka tidak lupa akan jasa dan pengorbanan ibu bapa, mereka tidak lupa akan guru mereka yang mula-mula mengajar mereka mengenal huruf dan angka di sekolah rendah. Dengan kata lain, walaupun berjaya, tetapi tidak lupa asal-usul.
Perumpamaan Arab ada mengatakan
"manjadda wajada , man kasala fashala " iaitu Seseiapa yang berusaha akan berjaya, Sesiapa yang malas pastinya akan gagal.
Pihak sekolah dan PIBG merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua waris dan murid yang hadir. Juga jutaan terima kasih kepada Ustaz Fahtim Mohsin atas kesudian menyampaikan ceramah.
Semoga SKBT akan terus mengorak langkah dalam melahirkan insan-insan yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.