Adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar betapa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai betapa mahalnya setitis air mata



Friday, October 28, 2011

kuih Tradisional Kelate....



Kuih Cek Mek Molek

Kuih Lopat Tike (Lompat Tikam)
Kelantan....sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis kuih tradisional. Pergi sahaja ke pasar mana di Kelantan, pastinya akan jumpa gerai-gerai yang menjual kuih-muih tradisi kelate ini...
Sedap atau tidak ???? Itu kenalah rasa dahulu.

Kuih Peria
Kuih Nekbat
Kuih Koleh Tahik Minyak
Kuih Buah Tanjong
Kuih Buah Gomok
Kuih Tahik Itik

Kuih Tepong Boko Ubi Kayu
Kuih Puteri Mandi

Pasar Besar Siti Khadijah, Kelantan





Pasar Besar Siti Khadijah sememangnya tidak asing lagi bagi seluruh penduduk Kelantan, khususnya di Kota Bharu. Malah nama pasar ini meniti di bibir mulut pelancong atau pelawat dari luar.Ianya menjadi salah satu destinasi yang mesti dikunjungi oleh pelawat yang datang ke Kelantan.
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan

PCB Kelantan








Pantai Cahaya Bulan (PCB) yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi terletak kira-kira 10 kilometer ke utara pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan. PCB merupakan salah satu daripada 10 destinasi pelancongan utama di negeri Kelantan. Antara tarikan di zon warisan Kelantan ini ialah Tokong Mek (Kg. Cina), perusahaan membuat batik dan songket, Kampung Budaya Kelantan (Kompleks Penggawa Badang), dan sebagainya.
Pada waktu petang, orang ramai berkunjung ke pantai ini untuk menikmati keindahan dan kedamaian pantai serta menjamu selera di gerai-gerai di sepanjang pantai. Pantai ini sepanjang 1.2 km, dan terkenal kerana pantainya panjang dan pasirnya yang memutih dan airnya yang jernih.
Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular pada hujung minggu. PCB dilengkapi dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, serta tandas awam.
Dari segi sejarah, PCB merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.

Thursday, October 27, 2011

Senamrobikthon dan Merentas Desa SKBT 2011


Akhirnya...., program senamrobikhton 2011 dapat dijalankan dengan jayanya. Walaupun diadakan pada hari Jumaat, namun ada juga waris yang dapat memberikan komitmen untuk menjayakan program ini.
Di samping itu, acara merentas desa turut diadakan. Semua murid daripada darjah satu hingga darjah enam mengambil bahagian. Sebanyak 60 pingat disediakan, dan murid yang berjaya sudah pastinya begitu gembira dan teruja.
Tahniah juga kepada para guru dan waris yang bertuah kerana mendapat pelbagai hadiah yang pihak PIBG sediakan.
Saya selaku Setiausaha PIBG mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program senamrobikthon dan merentas desa tahun ini.

Sukan Tahunan SKBT



 1 Oktober 2011, Sukan Tahunan SKBT diadakan. Seperti tahun-tahun lepas, tidak banyak acara olahraga dapat diadakan kerana keadaan padang yg kecil. Walaupun tidak banyak acara, namun kemeriahannya tetap dapat dirasai.
Syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sukan ini.

Progran Jaya Waris dan Jamuan Raya


 
Dalam usaha mengeratakan silaturrahim antara pihak sekolah dan para waris, satu program Jaya Waris diadakan, serentak dengan Jamuan Hari Raya pada September yang lalu. Hampir sebulan lebih berlalu, baru sekarang gambar ni dapat di upload.
Apapun, jamuan raya hari tu sungguh meriah...pelbagai juadah disediakan. Terima kasih kepada para waris dan anak didik SKBT yang sudi membawa pelbagai kuih raya untuk dinikmati bersama-sama. Terima kasih juga kepada PIBG yang banyak memberi sumbangan dalam menjayakan majlis ini.