Adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar betapa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai betapa mahalnya setitis air mata



Tuesday, January 3, 2012

Jamuan Kelab Staf & Majlis Perpisahan Cikgu Fazli dan Cikgu Rohana

Apabila kereta memasuki Kampung Pelet, terlintas dibenak fikiran... betulkah ada restoran besar dalam kampung ini. Rupa-rupanya dihujung kampung Pelet, tersergam megah Cafe Puncak Mutiara yang dikatakan salah sebuah tempat makan yang famous di Pulau Pinang. Di sinilah diadakan Jamuan Kelab Staf SKBT dan Jamuan Perpisahan untuk Cikgu Fazli dan Cikgu Rohana.
Setelah bertahun-tahun bertugas dibawah bumbung yang sama iaitu SKBT, perpindahan Cikgu Fazli dan cikgu Rohana terasa seperti satu kehilangan.
Cikgu Fazli yang begitu disayangi dan dikagumi oleh murid-murid SKBT telah bertukar ke sekolah SK Seri tasek manakala Cikgu Rohana bertukar ke SK Bandar Tasek Mutiara.
Terima kasih kepada Cikgu Fazli yang masih berkomitmen tinggi dengan SKBT kerana sudi hadir ke majlis yang dianjurkan ini. Cikgu Rohaha pula tidak dapat hadir kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.
Sepanjang berada di SKBT, Cikgu Fazli telah memberi sumbangan yang agak besar terutama dalam bidang sukan, khususnya bola sepak dan bola baling. Sudah ramai anak didiknya yang
berjaya sehingga ke peringkat negeri dalam permainan bola sepak dan bola baling.
Semoga Cikgu Fazli dan Cikgu Rohana akan selesa berkhidmat di sekolah baru, dan......jangan lupa kami di SKBT.